Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Selamat datang ke blog saya. Saya suka berkongsi cerita saya. Ini adalah blog saya. Terpulang kepada saya apa yang saya mahu lakukan dengan blog ini. Jika anda membenci saya dan blog saya anda TIDAK PERLU membaca dan anda tidak DIJEMPUT di sini .. Jika anda suka saya dan blog saya terus membacanya. Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya. Jangan lupa untuk meninggalkan sesuatu di shoutbox saya dan url anda supaya mudah untuk saya melawat kembali. Juga klik nuffnang saya atau iklan lain.

Sabtu, 2 Januari 2016

Bermula 2016 dengan kekeliruan...



Aku dikejutkan dengan letupan bunga api tahun baru 2016. Lamanya aku tidur sampai tak berblogging da. Umur pun da makin meningkat. Banyak dah berlaku pada tahun 2015. Baru-baru ini, pada 23 Disember aku dikejutkan dengan berita makngah aku meninggal dunia. Satu-satunya adik mak yang sama mak dan ayah sudah tiada. So, kini aku teman mak supaya dia tidak nangis seorang diri kat Batang Kali tu. Tapi nak buat macam mana dia nak balik jugak Batang Kali tu. Katanya ada kelas mengaji. Nak habiskan. Al-Fatihah buat makngah..

Well, akhirnya aku ada kekasih. Pada Mei 2015 dan sampailah sekarang.. Dia orang Terengganu. So, aku ngan dia ok sampai sekarang. Siap dah jumpa keluarga dan sedara mara lagi. Sangat sopan orangnya. Tapi macam ada sesuatu yang menghalang. Perasaan aku ni. Aku keliru. Betul ke aku sayangkan dia. Soalan ini selalu bermain dalam fikiran aku.

Baru beberapa hari lepas. Aku termimpi bekas kekasih aku. Siapa pernah baca isi kandungan blog ni dulu, aku pernah cerita pasal Shahir. Eh, kejap... Aku tak pernah cerita pasal dia. Cuma ada nama dia di post entry lain yang aku kaitkan. Kami putus sebab keluarga dan fitnah. Tapi sekarang kami masih berkawan.

Pasal mimpi ni. Aku mimpi aku dah berkahwin dengannya. Dalam mimpi tu aku mengandung. Bahagia rasa mimpi tu. Kalau nak dikatakan aku selalu jugak sebut atau tersebut dan jugak ada mention kat dalam blog ni maupun kat luar nama dia. Sebab susah banyak perkara membuat aku teringat dia. Lebih-lebih lagi kalau naik KTM. Kalau aku naik seorang mesti aku menangis. Banyak kenangan dalam KTM.

Sekarang aku keliru ngan perasaan aku sekarang. Tapi masa aku single lama aku memang da putus harapan untuk bersama Shahir. Tak mungkin dia nak perempuan macam aku ni. Aku ni kan jahat. Sebab aku putus pun keluarga dia tak suka aku sebab fitnah orang. So, aku ambik keputusan untuk bercinta semula. Masih mencari lelaki bermula nama S. Mungkin tak mau kenangan Shahir dan aku lupus. Tapi sesuatu perkara yang sangat sedih. Bila aku bagitahu dia yang aku mimpi pasal dia. Pastu dia kata dia nak jadikan kenyataan bukan hanya mimpi. Aku lagi sakit. Aku tak layak untuknya. Dia tidak mungkin dapat terima aku seperti dulu. Semuanya kenangan.

Adakah aku masih mencintai Shahir atau kekasih baru? Aku dan Shahir sudah jadi sejarah. Tidak mungkin mimpi tu akan jadi realiti. Aku tidak akan menyakitkan perasaan kekasih aku. Tapi sanggupkah aku sakitkan hati aku sendiri dan biarkan orang yang aku cintai tu membawa diri? Mungkin apa yang aku rasa tidak betul. Mungkin bukan jodoh aku ngan Shahir.

Tapi aku tak tahu kenapa semasa majlis aku bertunang dulu aku menangis. Aku tidak ingin pun bertunang. Malam tu aku menangis teresak-esak. Lebih-lebih lagi mak dia pun datang ke majlis tu. Aku fikir patut ke aku kahwin dengan orang yang aku tidak cintai semata-mata nak tamat zaman bujang. Tapi tu cter dulu. Aku pun da putus tunang.

Tapi aku rundu Shahir. Aku rasa nak naik KTM dengan dia sekali lagi. Banyak kenangan manis berlaku kat dalam KTM tu. Mana tak aku nangis masa dalam KTM tu. Orang depan aku pun pelik. hahah... Lebih-lebih lagi kat KL sentral masa nak tunggu KTM. Aduhhh.. rindu dia.

Khamis, 22 Januari 2015

Design 2015


Hellooooooo... Disebabkan post yg lepas photobucket buat hal. Sekarang aku dah guna Imageshack pulak. Jadi aku dah tukar Icon panda tepi tuuuu ngan ruangan chatting. Jangan lupa tinggalkan link anda ya..

Gambar kat bawah ni.. Panda comel-comel ni la tempat kawan-kawan blogger lain tinggalkan link. leh datang melawat. Kalau nampak belah kanan. point kat panda tu, panda tu akan membesar...


Lepas tekan kat panda tu akan keluarlah ruangan chat macam dalam gambar bawah ni.


Sebenarnya design ni aku ambik semula design blog aku yang lepas-lepas. Tak ada masa nak buat baru sebab sekarang sibuk ngan kerja. Banyak pulak benda kena buat dan kejar dateline.

Khamis, 15 Januari 2015

Photobucket Buat Hal Pulak


Baru-baru ini aku design blog aku new design. Kebanyakkan gambar aku letak di photobucket. Tapi entah tiba-tiba akaun Photobucket aku dah delete tanpa bagi apa-apa notis. Dah lah banyak gambar aku letak dalam tu. Cuba bayangkan fail kerja dalam External HD yang dah siap tiba-tiba hilang macam tu saja sebab External HD tu rosak. Mesti rasa tension kan. Sekarang ni aku ngah tension la. Di tambah lagi ngan masalah peribadi aku hadapi sejak akhir-akhir ni.



Kebanyakkan gambar dalam blog aku ni dari photobucket. Kalau nampak gambar "cannot be found" tu lah dari Photobucket. Aku try la tanya Google kenapa Photobucket delete akaun sesuka hati. Ramai antaranya beritahu tak boleh letak gambar lucah. Helloooooo.... Aku tak ada langsung gambar lucah. Lebih-lebih lagi nak upload. Nak dikatakan lama tak bukak padahal baru je  upload gambar 2 hari lepas kat Photobucket tu.

So... Aku pun berubah arah ke ImageShack. Orang kata ImageShack ni lagi bagus dari Photobucket. Tak apalah. Aku cuba dulu. Tapi aku masih simpan gambar-gambar backup dalam External HD aku.


Akan mengambil masa untuk aku design semula semua gambar-gambar yang hilang dalam blog ini. Lebih-lebih lagi gambar untuk shoutbox tu. Itupun kalau ada masa. Sekarang ni aktiviti padat sangat. Susah nak abiskan masa untuk blog ni.

Entri Popular

Final Fantasy Chocobo